Hye Remaja :)
Hmm dah 21 tahun aku berpisah dari Encik placenta . Daripada mengharapkan sepenuhnya tenaga mama untuk meneruskan hidup, alhamdullilah sekarang aku dah boleh hidup berdikari sendiri. HIDUP? Tak pula aku pasti dah berapa tahun aku betul-betul hidup dan berapa masa yang aku hanya meneruskan rutin semata.
Bukan hidup aku yang nak dikongsi, tapi kehidupan orang sekeliling yang selalu-selalu dan sangat selalu aku dengar sampai aku rasa aku yang tak normal bila tak mengikut jejak langkah mereka. Sedar aku bukannya baik, masih lagi jahil dan memperbaiki kehidupan dan diri sendiri. Tapi-tapi-tapi…hanya nak berkongsi pendapat sendiri, dan aku rasa tu tak salah. Mungkin?
Aku dibesarkan secara sederhana dan sebab itu juga aku boleh berkawan dengan semua orang. Selain kawan yang pernah face-to-face (sekolah or college), aku juga ada ramai kawan alam maya (social network laa :D). Hampir kesemua rakan-rakan aku tu kebanyakkan cerita jahiliah dorang sama. Tak kisah lah dorang duduk dekat KL, utara, selatan, Sabah atau Sarawak cerita dorang mesti ada persamaan walaupun berbeza agama dan bangsa. Aku percaya semua agama mengajar kita kearah kebaikan dan menegah kita nak buat sesuatu yang membinasakan diri sendiri. Betul tak?
Orang kata anak perempuan lagi susah nak di-bela berbanding anak lelaki, tapi bagi aku sama sahaja. Cuma lelaki dia tak boleh mengandung dan perempuan boleh, (faham?). Aktiviti-aktiviti macam merokok, minum alcohol, clubbing, hisap dadah (stoned), main perempuan dan macam-macam benda lagi tu macam biasa di dengar bukan? Yang lagi advance mengandung, termengandung, terberanak, terbunuh or ter-flush. Hmmmm takut kan? Doa minta dijauhkan daripada semua itu.
Bagi aku hidup remaja lah paling susah, perasaan dan hormone yang membuak-buak ingin mencuba sesuatu kadang-kadang boleh jahanamkan masa hadapan. Orang yang bijak menanggani perasaan tu InsyAllah boleh berjaya dalam kehidupan. Bukan aku nak cakap kehidupan dewasa itu senang, tapi kalau zaman remaja dah gagal dari mana pula datangnya zaman dewasa kan.
Remaja yang tersesat dari landasan pun tak semestinya hidup dia akan terus gagal, asalkan dia nak kembali ke pangkal jalan, aku percaya Allah akan bantu kita menanggani masalah kita. Janji kita tak ulangi kesalahan lampau dan teguh beriman kepada Allah S.W.T.
Aku dan setiap remaja bahkan setiap manusia di atas bumi ni pasti ada lakukan kesalahan sendiri, dan mesti kita rasa sangat-sangat menyesal tapi mungkin kita melakukan kesalahan yang sama sebab terlupa. Insan kan maksudnya PELUPA. Jadi tak salah kita ingat-mengingati untuk memperbaiki diri masing-masing kan? Maafkan aku jika ada yang tersinggung, hanya berkongsi buah fikiran yang tak seberapa ni. Have a nice day and occupied your life with good things in it, Insya Allah :)