Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 26, 2013

13 Hari Sebelum Berkerjaya




Assalamualaikum,

   Harini aku seorang penganggur selepas tamat belajar bulan Jun yang lalu, maknanya dah dua bulan aku menganggur. Aku bahagia sangat menganggur ni buktinya I gained 5kg. Thats so really great huh -.-
okayy, tapi kegembiraan aku dah sampai ke penghujung, I need to back on track and face the reality.





   So berdasarkan surat kat atas tu, kerjaya aku akan bermula pada 9/9/2013. Aku dapat bertugas kat negeri kelahiran and tempat tinggal keluarga aku sekarang. Lucky me takpayah pergi Sabah Sarawak, tapi takut jugak dapat hospital hulu-hulu selangor. Well, kalau dah dapat nak buat macam mana, kena redha la. Tapi kalau dapat Serdang aku sangat bersyukur. Senang aku nak jalankan plan-plan dalam otak ni and jugak jimaat. Rumah and kereta bole pakai harta makbapak lagi. haha. Aminn

   Hmm siapa cakap nak kerja tu senang? memang takde orang cakap pon kan. Hahaha. Banyak gila benda kena buat sebelum lapor diri weh, dahla banyak benda, duit pon banyak habis. Lagi-lagi kerjaya yang pakai uniform macam aku ni. Tempah uniform, medical check up, kwsp, beli tudung, kasut dan macam-macam lagi sampai ketibas aku nak settlekan. haha. Tapi sangat bersyukur, sebab lepas ni aku tak payah meminta-minta kat parents aku dah, aku pulak boleh memberi-beri, tapi kalau mama papa taknak duit aku, aku redha dengan gembiranya. haha. Niat dah salah aku ni.

   Tu nak settlekan hal-hal pentadbiran, hal knowledge and skill untuk mula kerjaya ni pon aku takut jugak. Dengan level IQ aku sekarang confirm aku kena maki-maki ngan senior colleague aku. ohmaiiii akoot. dah tu still tak reti-reti nak start refresh notes kan. Bad ayu bad ! 

 Perasaan aku semua bercampur-baur, paling banyak is NERVOUSGEMURUH, gembira sebab dapat kerja,excited sebab nak masuk new phase in life, sedih sebab aku takdapat bermalas-malasan atas katil empuk aku ni sekerap dulu anddddd semua-semua laaa butterfly in my stomach semua ada. Nope bukan butterfly je, gajah, beruk , kangaroo, dugong semua ade dlm perut aku ni. hahaha.

   Belum start kerja lagi aku dah fikir nak sambung degree aku, yela Diploma mana orang pandang kan sekarang, kerdilnya rasa. Kawan-kawan aku pun semua dah hampir genggam degree. Tapi aku percaya pelan-pelan kayuh aku akan sampai tempat yang aku tuju tu. Dengan izin ALLAH and doa-doa korang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku.  Oh ye, Aku harap bila aku dah mula berkerjaya ni aku akan matang cikit and kurus banyak. hahaha. 

   Korang doakan saya berjaya lalui segala cabaran yang mendatang k. Aminn. Akan cuba sedaya upaya buat dengan sebaiknya and yang penting ikhlas , kerja kan ibadah jugak. hee.



kita dengan tudung misi ;P



nota kaki: Kita tengok 6 bulan akan datang selepas aku bekerja macam mana pergi dia. haha.

6 comments:

  1. Lepas 6bln, kuwos. Tp lepas stahun gemox blik. Haha

    ReplyDelete
  2. thingking fositive.....khidupan mesti. success....

    ReplyDelete
  3. yeah,ayu dh keje pasni...ley belanja,hu3

    ReplyDelete
  4. terimakasih dan salam kenal ya

    http://goo.gl/ZHeA7I
    http://goo.gl/XwA16Y
    http://goo.gl/N9nRsn
    http://goo.gl/ZSUjsx
    http://goo.gl/Sxk7BR
    http://goo.gl/nxKtuw
    http://goo.gl/4FV0eb
    http://goo.gl/Osj4m5
    http://goo.gl/DqBCPw
    http://goo.gl/IbzPRg

    ReplyDelete

luahkanlah apa yg tersirat tu....

Patients