a few days ago, kita log-in myspace kita yang berzaman tuu. awak-awak pun mesti dah lama tak on9 myspace kann? yang dah lupa password pun confirm ramai. btw, selongkar sana-sini I found this "30 perkara yang perempuan tidak beritahu pada pasangan" on the blogs section kat myspace tu. maybe macam old school but it might really helpful in your relationship. no harm to read kann. hee julinglaa mata nak baca sampai number 30 .
heppy reading <3
1. Bila seorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia
sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia
benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang
patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta
dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi
selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar
sebab ada satu semangat dalam
diriwanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akanlakukan
apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah
tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan
yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan
dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu
satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini
lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara
yang paling romantik untuk memikat hati
sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan
tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa
yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki
yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang
yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad
ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki
yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati
wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa
oh man.. old school is back.. ahahahaha..
ReplyDelete